Bagi tujuan pembiayaan yang diberikan di bawah produk AT-Ta’awun, pemohon hendaklah melantik mana-mana firma guaman yang berdaftar sebagai panel peguam kepada KORAYA sebagai pemegang taruh (stakeholder) untuk menjamin penyelesaian jumlah pembiayaan sebaik sahaja ianya diterima daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Sekiranya firma guaman yang dilantik oleh pemohon adalah bukan panel peguam kepada KORAYA, firma guaman tersebut hendaklah terlebih dahulu membuat permohonan untuk dilantik sebagai panel peguam kepada KORAYA dengan menghantar dokumen-dokumen berikut kepada KORAYA bagi tujuan semakan dan pengesahan.
Sebaik sahaja Surat Lantikan dikeluarkan oleh KORAYA kepada firma guaman tersebut, maka permohonan untuk produk AT-Ta’awun akan diproses.
"Memacu Usahawan Melalui Produk Patuh Shariah "