At-Ta’awun adalah satu produk oleh Koraya untuk pembiayaan modal pusingan patuh syariah tanpa cagaran dan berjangka pendek khas untuk kontraktor perumahan dengan tempoh kelulusan sepantas 24 jam.
Semua kontraktor perumahan yang menjadi ahli Koraya dan mempunyai projek perumahan yang mana pembelinya telah diluluskan pembiayaan perumahan oleh LPPSA atau bank dan mempunyai tuntutan bayaran kerja yang belum diterima dan Laporan Nilaian (LN) telah diluluskan serta melalui Peguam Panel Koraya.
Koraya adalah sebuah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan boleh menawarkan produk pembiayaan untuk ahli-ahlinya mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Koraya menawarkan pembiayaan AT-Ta’awun sehingga 70% dari Laporan Nilaian (LN) yang diluluskan JPPH, dengan maksima RM50,000 bagi setiap permohonan tertakluk pada terma dan syarat.
AT-Ta’awun adalah untuk pembiayaan modal pusingan jangka pendek bagi melancarkan aliran tunai kontraktor perumahan di antara 2 minggu sehingga 3 bulan sahaja.
At-Taawun adalah produk yang menggunapakai konsep Tawarruq dalam urusniaga jual beli komoditi ‘air-time’ yang disediakan platformnya oleh As-Sidq yang digunakan secara meluas oleh bank-bank patuh syariah di seluruh negara.
Kontraktor perumahan yang mempunyai pelanggan yang telah diluluskan pembiayaan perumahannya serta diuruskan oleh panel peguam Koraya.
Satu jaminan dan ”undertaking” oleh peguam panel Koraya yang menguruskan urusan pembiayaan perumahan tersebut akan dibuat dan Koraya akan memastikan setiap pembiayaan yang diberi adalah hanya bagi kontraktor yang telah mempunyai Laporan Nilaian (LN) oleh Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH) dan telah dihantar kepada LPPSA, jadi risiko ketidakbolehan bayaran balik kepada Koraya adalah sangat rendah.
Kadar keuntungan serendah 5% tertakluk kepada terma dan syarat.
Kaedah bayaran balik pembiayaan oleh Koperasi Arash Jaya Kelantan Berhad adalah melalui Peguam Pemegang Pertaruhan sebaik sahaja bayaran tuntutan kemajuan kerja diterima samada LPPSA atau bank.
Ya, boleh, asalkan sahaja tidak berstatus BANKRAP dan memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan.
Berdasarkan Akta Koperasi, Koraya akan membuat pengiraan dan memberi rebat di atas penyelesaian awal yang dibuat dari tempoh yang dipersetujui bergantung pada terma dan syarat.
Tidak tertakluk kepada perenggan di atas, tempoh minima pembiayaan adalah 2 minggu. Tiada rebat diberikan untuk penyelesaian awal kurang dari 2 minggu.
Kontraktor layak memohon
- Pemilih hartanah yang sedang dalam proses ‘refinancing’ hartanah mereka & sudah diluluskan pembiayaan oleh bank.
- Pemilik hartanah yang sudah menjual hartanah mereka & telah diluluskan pembiayaan pembeli hartanah mereka sama ada bank/LPPSA.
Kediaman/bukan kediaman pembiayaan semula (Refinancing) margin pembiayaan adalah 50% subsale.
KORAYA boleh membantu para kontraktor dengan menawarkan servis pengurusan projek.
- KORAYA dapat membantu menyiapkan projek anda yang terbengkalai akibat kekurangan modal dengan kerjasama panel subcon yang dilantik oleh KORAYA.
- 100% ditanggung oleh pembiayaan AT-Ta’awun.
KORAYA menyediakan 2 jenis produk pembekalan & pemasangan iaitu Dinding Panel IBS dan Roof Truss yang menggunakan 100% pembiayaan AT-Ta’awun dengan KORAYA.