Koperasi Arash Jaya Kelantan Berhad atau ringkasnya dikenali sebagai KORAYA adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan pada 20 Disember 2010. Pertubuhan koperasi pada dasarnya berasaskan kepada penyertaan anggota-anggota melalui kemasukan syer.
Melalui strategi mempelbagaikan cabang aktiviti, KORAYA telah berjaya untuk mengekalkan kadar dividen syer yang kompetitif untuk tahun-tahun sebelum.
Prestasi 3 tahun terakhir kadar pembayaran dividen oleh KORAYA adalah seperti berikut :-
TAHUN | KADAR DIVIDEN SYER |
---|---|
2019 | |
2020 | 18 % |
2021 | 16 % |
2022 | 15.15% |
Keanggotaan Individu
Setiap pelanggan yang ingin melanggan syer KORAYA hendaklah menjadi Anggota dan bagi setiap permohonan untuk menjadi Anggota, fi masuk sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10.00) sahaja (bagi Anggota baru) dan Ringgit Malaysia Dua Puluh (RM20.00) sahaja (bagi bekas Anggota) berdasarkan Fasal 13(1) dan (2) Undang-Undang Kecil.
Harga seunit syer KORAYA telah ditetapkan pada kadar RM5,000/unit dengan langganan untuk menjadi anggota sebanyak satu (1) lot minimum bernilai RM30,000 atau enam (6) unit syer.
Pelanggan yang memenuhi syarat kelayakan menjadi Anggota KORAYA berdasarkan Fasal 11(1) dan (2)(a)-(d) seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia;
- Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun;
- Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi KORAYA; dan
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu (1) tahun.
Juga bagi:
- Pelanggan yang inginkan pelaburan berisiko sederhana yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah;
- Pelanggan yang ingin mempelbagaikan portfolio pelaburan di dalam langganan syer koperasi; dan
- Pelanggan yang mempunyai kapasiti kewangan untuk melanggan berdasarkan saiz minimum per lot tawaran langganan syer KORAYA.
Jika anda berminat, sila muat turun salinan Prospektus dan isikan borang-borang berikut.
"Memacu Usahawan Melalui Produk Patuh Shariah "