Mengenai Kami

Koperasi Arash Jaya Kelantan Berhad atau lebih dikenali sebagai KORAYA (No. Pendaftaran: D-4-0530) adalah sebuah koperasi asas dengan liabiliti terhad yang ditubuhkan pada 20hb. Disember 2010 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 dan dikawalselia bersama oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Sejak ditubuhkan, KORAYA telah melalui beberapa proses percubaan untuk memantapkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh merealisasikan tujuan penubuhannya. Selama hampir 12 tahun usia penubuhan, kini KORAYA mula mengorak langkah untuk memajukan aktiviti-aktiviti perniagaan di dalam pelbagai industri.

Menurut Fasal 7 dan Fasal 8 undang-undang kecil KORAYA, penubuhan KORAYA adalah dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi dan mempunyai fungsi sebagai koperasi pengguna.

Bagi mencapai matlamat dan fungsi seperti yang tersebut, Fasal 9(1)(a)-(h) Undang-Undang Kecil membenarkan KORAYA untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-

Sehingga sekarang, KORAYA sama ada secara terus atau melalui kerjasama bersama rakan-rakan strategik menjalankan aktiviti perniagaan di dalam pelbagai industri termasuk hartanah, servis korporat, makanan dan minuman (F&B), serta perladangan.

Pada tahun 2020, KORAYA memperkenalkan produk utamanya iaitu AT-Ta’awun yang merupakan produk pembiayaan modal pusingan patuh syariah berdasarkan kaedah Tawarruq yang ditawarkan kepada pemaju-pemaju dan kontraktor kontraktor perumahan yang memerlukan modal pusingan jangka pendek untuk projek perumahan yang sedang dijalankan oleh mereka. Sehingga 31hb. Mei 2022, KORAYA telah meluluskan pembiayaan AT-Ta’awun berjumlah RM12,498,044.08.

Melalui kepelbagaian aktiviti perniagaan yang dijalankan, KORAYA telah mengisytiharkan dividen tahunan sebanyak 18% pada tahun 2020 dan 16% pada tahun 2021 kepada Anggota-Anggota.

Dividen Pelaburan
2020
2021
2022
18%
16%
15.15%

Objektif utama penubuhan KORAYA adalah untuk menggembleng modal dan tenaga usahawan muslim bagi memenuhi keperluan bersama bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi dan kebajikan para anggota.

Penubuhan KORAYA juga bermatlamat untuk menyediakan kemudahan pusingan modal bagi kontraktor yang kesempitan wang untuk melangsungkan kerja.

KORAYA telah mempelbagaikan aktiviti bagi memaksimumkan pulangan kepada para anggota termasuk dengan menceburi perniagaan bidang hartanah, servis korporat, makanan dan minuman (F&B), serta perladangan.

Selain itu, aktiviti aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan anggota juga turut diberi penekanan.

Objektif KORAYA dapat diringkaskan seperti berikut :

VISI

Untuk menyediakan ekosistem yang lengkap untuk industri perumahan di pantai timur.

MISI

Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan/modal pembiayaan patuh syariah kepada komuniti bagi :-

"Memacu Usahawan Melalui Produk Patuh Shariah "

Kami adalah sebuah koperasi yang menawarkan pembiayaan patuh syariah kepada kontraktor perumahan, pemaju perumahan, serta pemilik hartanah yang sedang dalam proses “refinancing” atau menjual hartanah mereka.

Hubungi Kami

Ikuti Kami