Pengenalan Produk

Produk AT-Ta’awun adalah merupakan produk utama KORAYA. Ia adalah produk pembiayaan modal pusingan patuh syariah yang ditawarkan kepada kontraktor perumahan yang memerlukan modal pusingan jangka pendek bagi projek-projek yang telah dijalankan.

Hanya kontraktor-kontraktor perumahan yang menjalankan projek perumahan yang dibiayai oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (“LPPSA”) layak untuk memohon pembiayaan samada di bawah produk At-Taawun.

Bagi produk AT-Ta’awun, salinan LN adalah diperlukan semasa permohonan dilakukan. LN adalah dokumen yang diguna pakai bagi tujuan pengesahan tahap kesiapan sesuatu projek perumahan dan untuk membolehkan kontraktor membuat tuntutan jumlah kesiapan daripada LPPSA.

Bagi tujuan pematuhan terhadap prinsip-prinsip syariah, KORAYA telah bekerjasama dengan SEDANIA As Salam Capital Sdn. Bhd. iaitu sebuah anak syarikat milik penuh SEDANIA Innovator Berhad bagi memanfaatkan produk ‘As-Sidq’ – sebuah platform dagangan komoditi digital patuh syariah berdasarkan konsep Tawarruq.

Kadar keuntungan bagi produk AT-Ta’awun adalah ditetapkan pada kadar lima peratus (5%) sebulan di atas jumlah pembiayaan yang diberikan kepada kontraktor yang memohon, yang mana akadnya adalah dilakukan bagi tempoh enam (6) bulan secara terus. Berdasarkan rekod KORAYA, pembiayaan akan diselesaikan di dalam masa satu (1) sehingga dua (2) bulan daripada tarikh pelepasan jumlah pembiayaan kepada kontraktor. Dalam keadaan tersebut, kontraktor diberikan rebat/ibra’ secara total terhadap keseluruhan baki bulan yang selebihnya berdasarkan budi bicara KORAYA. Itu bagi memastikan elemen kepatuhan Syariah sentiasa terjaga.

Mohon Sekarang. Realisasikan impian anda.

"Memacu Usahawan Melalui Produk Patuh Shariah "

Kami adalah sebuah koperasi yang menawarkan pembiayaan patuh syariah kepada kontraktor perumahan, pemaju perumahan, serta pemilik hartanah yang sedang dalam proses “refinancing” atau menjual hartanah mereka.

Hubungi Kami

Ikuti Kami